Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 22hb Dzulkaedah 1429 @ 21hb November 2008, 11:47:54 mlm
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Syarat Penyertaan

Syarat Penggunaan Pusat Karya

Tujuan laman web Melayu.com ini dibangunkan antara lain adalah untuk memperkayakan khazanah berbahasa Melayu di persada Internet. Ianya dibangunkan secara sukarela dan kos pembangunannya ditaja oleh beberapa individu. Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan ini.

Setiap karya yang tersiar yang dihantar oleh individu adalah merupakan tanggungjawab individu berkenaan sendiri. Untuk itu, pihak Melayu.com tidak bertanggungjawab ke atasnya. Bagi karya yang diambil dari sumber yang lain, sila nyatakan sumber tersebut dengan jelas.

Di bawah, adalah larangan dan perkara yang membolehkan karya anda ditolak dari disiarkan atau disunting :

  1. Karya yang dihantar bukan diruangan yang sepatutnya. Sebagai contoh, karya berbentuk Cerpen tidak sepatutnya dihantar di ruangan Pantun & Seloka.

    Arahan : Sila kenalpasti kategori sebelum menghantar karya.

  2. Karya merapu @ kosong. Sebagai contoh, karya yang hanya mengandungi beberapa baris ayat yang kabur maknanya.

    Arahan : Sila hantarkan karya yang berisi dan sesuai.

  3. Karya yang berunsur seks atau dwi-makna (double meaning).

    Arahan : Sila patuhi arahan yang telah termaktub ketika mendaftar sebagai pengguna Melayu.com.

  4. Karya yang berunsur menghina @ memalukan mana-mana pihak, individu, kaum, agama dan sebagainya.

    Arahan : Elakkan dari menghantar karya yang mengaibkan orang lain atau mempersendakan orang.

  5. Karya yang berunsur pergaduhan @ menghasut @ membenci mana-mana pihak, individu, kaum, agama dan sebagainya.

    Arahan : Jangan timbulkan sebarang persengketaan atau hasutan.

  6. Karya yang berunsur menghina agama @ bangsa lain.

    Arahan - Jangan berandaian bahawa semua warga Melayu.com adalah melayu @ islam. Mungkin ada di antara ahlinya adalah beragama @ berbangsa lain yang kita tidak tahu. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini, sila jaga tatasusila dan tatabahasa sebelum menghantar karya anda.

  7. Karya berunsur politik.

    Arahan - Karya berunsur politik melampau TIDAK dibenarkan sama sekali.

Maaf sekiranya ada diantara ahli yang merasa tidak puas hati dengan peraturan dan tindakan tatatertib yang dilaksanakan. Tujuan utama Melayu.com bukannya untuk menghadkan idea atau kreativiti ahlinya tetapi untuk mengelakkan sebarang sengketa bahasa yang boleh timbul melalui perasaan amarah dalam sanubari ahlinya.

PENTING

Dengan tersiarnya hasil tulisan anda di mana-mana ruangan Pusat Karya Melayu.com, adalah bermakna anda memberikan kebenaran kepada Melayu.com untuk menghasilkan dan menerbitkan semula karya anda dalam apa jua bentuk, samada media elektronik, media cetak dan sebagainya. Ia juga bermakna anda membenarkan karya anda dipanjangkan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengkomersilkan karya-karya di Melayu.com.

Selamat menggunakan Pusat Karya.



Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005